
Sebagai penutup entry untuk cuti sekolah ni, Zue nak share dengan semua tentang kek kahwin bertiang Zue yang pertama ni...cewah. Kek ni untuk perkahwinan sepupu-sepupu En. hubby iaitu Adam Musli dan juga Naim. Mereka berdua ni sepakat untuk melangsungkan perkahwinan serentak di A.Star. Biasa kita tengok perkahwinan serentak ni antara dua orang adik-beradik dengan pasangannya..tapi kali ini mereka berdua ini adalah sepupu.
Tema untuk kek ini, Zue combine dua color iaitu purple yang sedondon dengan busana pengantin Adam juga color cream yang sedondon dengan busana pengantin Naim.
Hopefully mereka berdua gembira dengan kek perkahwinan 3 tingkat ni ye : ).
Jom kita layannnzzz pic kek ni...






No comments:
Post a Comment