

Keluarga besar sebelah abah...
Salam.......
Entry kali ni Zue nak citer sikit pasal sambutan raya kami sekeluarga tahun ni. Nak share pengalaman beraya tahun ni yang lain dari kebiasaannya. Actually sejak dah berkahwin dan beranak-pinak, setiap kali raya Zue akan menyambut bergilir-gilir antara rumah orang tua Zue dan mertua. Tahun ni giliran rumah orang tua Zue. Yang lain tu bukan apa, selalunya malam raya kami berada di rumah orang tua Zue di Ipoh. Tapi tahun ni kebetulan semua sepupu-sepapat Zue balik beraya di rumah Tok Wan Zue di Slim River, Perak. So sebab keluarga Zue pun dah lama tak menyambut malam raya kat rumah Tok Wan, kami semua pun setuju untuk bermalam di sana.
Sambutan memang meriah sangat. Zue sebenarnya rindu nak menyambut raya di rumah tok wan macam masa kecik-kecik dulu. Seronok sangat bila ramai2 menyediakan persiapan raya. Masing-masing ada tugas seperti menyediakan lemang, rendang, mengemas, menyediakan panjut dan menyediakan juadah berbuka puasa terakhir untuk petang itu. Hmmm..entah bila pula nak dapat berkumpul bersama2 lagi selepas ni...



Beginilah keindahan panjut tempurung kelapa yang bercahaya di malam raya. Api akan terus membakar tempurung kelapa sehingga habis. Biasanya pagi raya, kesemua tempurung dah habis terbakar.

Malam raya kami adakan barbeque...bakar sate, ayam & sosej. Yang berbaju biru tu my cousin dan my youngest brother sedang mengipas sate...

Yang ni alat merebus lemang. Mesti ada yang pelik kenapa lemang direbus, bukan bakar. Di kampung Zue, dah biasa merebus lemang..selepas rebus, diang kat api sekejap. Biasanya lemang rebus ni lebih lembut sebab tak ada kerak....ada yg lebih suka lemang bakar.....ikut citarasa masing2 lah...

Hahaha...yang ni lah klimaks of the story..red velvet cake yang Zue buat sempena raya untuk makan sefamily....
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN
No comments:
Post a Comment